Program Youth Blog (Y-Blog) @ Kompleks Rakan Muda, cawangan Klang by shahrul hairy



Assalamualaikum wbt, Salam 1 Malaysia...


Maaf pada yang menunggu-nunggu posting ini. Agak terlewat untuk saya post sebab banyak kerja-kerja yang perlu di dahulukan dan memerlukan perhatian yang lebih utama. Sehingga ke saat ini, masih lagi ada beberapa perkara yang perlu saya lakukan, tetapi saya luangkan sedikit masa untuk update posting ini.


Alhamdulillah, masih sempat lagi saya update walaupun masa agak terhad.


Pertamanya, terima kasih pada Rakan Muda cawangan Klang yang memberikan saya ruang dan kesempatan untuk mencurahkan bakti dalam memberikan ilmu pengetahuan kepada belia-belia di kawasan sekitar Klang, malah bukan saja belia yang hadir, tetapi ibu kepada belia juga turut serta di dalam program Y-Blog yang dianjurkan.


Selama 2 hari saya menjadi tenaga pengajar, memang mengujakan. Selain dapat berkongsi ilmu pengetahuan, saya dapat juga berkenal-kenal dengan belia yang mana ada yang berumur 14 tahun menyertai program ini. Agak terasa "tua" saya. huhu.


Walaubagaimana pun, sekiranya semasa saya mengendalikan 2 hari program itu terdapat kesilapan,kesalahan terkasar bahasa dan seumpamanya, saya meminta maaf kerana yang buruk itu datangnya dari saya dan yang terbaik itu datangya dari Allah SWT. Insyaallah, moga kita berjumpa di lain masa. =)


Beberapa foto untuk 2 hari program (29-30/10/2011)


29/10:







30/10:






Alamat URL blog para peserta:-

29/10/2011


30/10/2011



Sesiapa yang tiada dalam gambar diatas, boleh email saya di shahrollphoto[at]gmail.com untuk saya hantar melalui email. Kalau post dalam blog, berat pula. Sekian, terima kasih =)


Share this:

0 comments: