Perlu ke muatan BERAT masuk dan parking di kawasan perumahan? by shahrul hairy



Salam 1 Selangor,


Rabu; 5 Okt 2011- Benggang! itulah keluhan seorang penduduk yang mendakwa ada segelintir penduduk yang gemar meletakkan kenderaan berat di kawasan rumah Seri Bayu Apartment disini. Bercakap kepada media blogger, penduduk seakan sudah rimas dan benggang sekali dengan situasi yang mencengkam ini.



Hanya mahu dikenali sebagai SH, beliau merasakan tindakan sesetengah penduduk hanya mementingkan diri sendiri tanpa mengira faktor keselamatan yang boleh mengundang kecelakaan jika tidak bertindak dengan kadar segera oleh pihak berkuasa.


Tambahan beliau lagi, sudah beberapa tahun kenderaan berat bermaharajalela meletak kenderaan sesuka hati dengan meletakkan bas/lori dan juga kontena didalam parking tempat kereta. Ini mengundang kemarahan penduduk tempatan yang mendakwa tempat letak kereta tidak mencukupi gara-gara sikap manusia yang tidak berotak ini.



Diharap pihak berkuasa dapat memantau hal ini dengan pandangan yang serius. Pihak penduduk tidak teragak-agak untuk bawa kes ini ke peringkat lebih tinggi lagi sekiranya tiada tindakan susulan yang diambil- Media Blogger melaporkan untuk APWiL


p/s: ada gaya write up untuk newspaper tak? HAHA!! (SH)





Share this:

0 comments: