Majlis Jamuan Raya di Seri Bayu Apartment, Klang

Salam semua,


Sesi warm-up. Sebab dah lama tak menaip ni. Dalam bulan ni 2 kali aku ke Kuala Terengganu. Alhamdulillah, ada rezki aku kat sana. Shoot konvo memang menyeronokkan kalau korang suka shoot konvo lah (ads: Konvo di UniSZA)


Malam tadi kat bawah (ground floor) ada rukun tetangga kat apartment buat makan-makan. Jamuan raya. Ramai yang turun. Aku je malas sebab letih kot, padahal makan free! =p


Dari apa yang aku dengar dari adik-adik aku, kata best. Yelah ramai bangsa turun. Bukan takat Melayu je ada. Macam-macam bangsa yang ada malam tu berkumpul dan makan bersama.


Hidangan malam tadi ada Mee Kari, Bakso. Lain-lain kurang pasti. Ada makanan yang dibawa naik ke rumah. Aku rasa sikit je la pon. Boleh la tahan sedapnya. HOHO!


Tak lupa jugak ada wakil rakyat yang turun, kasi hadiah kepada penduduk setempat. Bagus la ada YB datang, sekurang-kurangnya kita leh salur perkara yang kita tak puas hati, kan? Tak silap ADUN Kota Raja (wakil) yang turun.


Seri Bayu Apartment


Share this:

0 comments: