Apakah khasiat TEMPE? by shahrul hairy

TemMmmmpe? Amende tu tempehh??


Skang tempeh nie bukan makanan asing lagi kot? Dalam surat kabo dah di kabokan pasal tempe pon digilai oleh orang utara. Tempeh nie berasal daripada Indonesia, dan aku memang suka makan tempeh sebab aku orang jawa..


Urghh.. sodap aihh~

Kat bawah nie adalah khasiat2 untuk pemakan tempeh! Apa khasiat dia?

1) Sepotong tempe mengandung berbagai unsur yang bermanfaat,seperti karbohidrat, lemak, protein, serat, vitamin, enzim, daidzein, genisten,serta komponen antibakteria yang bermanfaat untuk kesihatan.

2) Selain itu, tempe juga meningkatkan nilai pengambilan gizi harian kita, seperti kadar vitamin B2, vitamin B12, niasin, dan asam pantorenat. Hasil daripada analisis,gizi tempe menunjukkan kandungan niasin sebesar 1.13
mg/100 gram berat tempe yang dapat dimakan.

3) Tempe juga dipercayai dapat mencegah anemia dan osteoporosis,
dua penyakit yang bayak dialami para wanita, kerana tubuh wanita yang mengalami haid, hamil serta menyusukan bayi. Penyakit anemia ini dapat menyerang wanita yang malas makan, kerana takut gemuk, sehingga menyebabkan penghasilan sel-sel darah merah dalam tubuh menurun.

4) Di dalam tempe juga terdapat suatu zat antioksidan dalam bentuk isofalvon. Seperti vitamin C, E dan karotenoid, isoflavon merupakan
antioksidan yang sangat diperlukan tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas.

5) Penelitian yang dilakukan di Universitas North Carolina, Amerika Serikat, penemuan bahwa genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada tempe
ternyata dapat mencegah kanser prostat, payudara dan penuaan.

6) Oleh itu, cara terbaik untuk mengoptimakan khasiat tempe bagi tubuh kita adalah dengan mengambilnya setiap hari dalam pemakanan harian sewajarnya. Bagi mengelakkan kebosanan, pengambilan dalam pelbagai jenis masakan tempe adalah perlu. 

7) Seperti di Malaysia, kita masih punya banyak pilihan masakan berasaskan tempe seperti lontong, sambal goreng, masak lemak, dan sebagainya.

8) Walaubagaimanapun bagi mengelakkan zat-zat yang bermanfaat itu tak banyak terbuang dalam proses pemasakan, tempe sebaiknya dimasak dengan menu seperti sup, berkuah (berempah), atau rebus. Cara tersebut lebih efektif untuk khasiatnya, berbanding digoreng.



selanjutnya boleh baca kat SINI

Share this:

2 comments:

Nava K said...

I simply love tempe, have posted recipes on blog which uses tempe.

Just deep fried tempe is delicious.

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

Nava.K:

Saya dah tgk blog u. Nice one. i love tempe masak sambal.. fuhhh~